Raya Datang Lagi!!!
Setelah sebulan umat Islam berpuasa di bulan Ramadan, Syawal pun menjelma. Bulan inilah masanya untuk kita meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri setelah umat Islam berhempas pulas menunaikan puasa di bulan Ramadan selama sebulan. Persiapan untuk menyambut Hari Raya kebiasaanya dibuat semasa di dalam bulan Ramadan lagi. Masa itulah masing-masing mengambil peluang untuk bershoping sakan, tak mengira usia muda ataupun tua. Tapi yang paling ketara ialah kaum wanita, lebih-lebih lagi
kaum ibu. Persiapan untuk keluarga adalah yang paling diutamakan, untuk suami tercinta dan untuk anak-anak tersayang. Sudah menjadi adat orang melayu turun temurun memilih warna baju yang sedondon untuk seisi keluarga. Si suami dan isteri tampak romantik dan bahagia, tak kurang juga dengan si comel yang bermacam keletah dan ragam.
Selain dari membuat persiapan dari segi pakaian, persiapan untuk ahli keluarga dan tetamu juga tidak dilupakan. Kebiasaanya pada pagi Hari Raya tetamu yang berkunjung ke rumah akan dihidangkan makananan tradisional melayu yang menjadi hidangan wajib orang melayu iaitu ketupat. Selain dari ketupat, antara hidangan lain ialah rendang, lodeh, sambal kacang, lepat, lemang dan bermacam-macam lagi. Kesemua hidangan ini akan disediakan pada malam raya. Kemeriahan dan keseronokan semasa menyediakan hidangan-hidangan tersebutlah yang ditunggu-tunggu oleh setiap ahli keluarga kerana pada masa inilah setiap ahli keluarga dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama. Selain itu, terdapat juga kuih muih dan biskut raya yang dihidangkan.
Selepas umat Islam selesai menunaikan solat sunat Aidilftri, kaum keluarga akan berkumpul dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Beginilah kemeriahan apabila menjelang Aidilfitri. Apabila berlalunya Aidilfitri, umat Islam pasti akan merindui dan akan sentiasa menanti semula ketibaan Aidilfitri.
Posted in Festive seasonTags: Hari Raya Aidilfitri, Ramadan, Syawal


