Ramadan Al-Mubarak…
Dalam banyak-banyak bulan dalam setahun, bulan Ramadan dan Syawal lah
yang paling dinantikan oleh umat Islam diseluruh dunia. Kemeriahan pada bulan Ramadan dan Syawal berlainan dari bulan-bulan yang lain.
Pada bulan Ramadan umat Islam akan berpuasa selama sebulan. Masa itulah kita jumpa beraneka jenis makananan, yang pelik-pelik pun ada. Bazar Ramadan pula terdapat di merata tempat. Tak kira di bandar atau di pelusuk kampung mesti ada bazar Ramadan.Yang penting di bulan Ramadan yang mulia ini adalah masa untuk menguji tahap ketahanan dan kesabaran kita sebagai umat Islam. Pada bulan ini lah kita harus mengambil kesempatan untuk membuat kebaikan dan amal ibadat. Yang penting apa sahaja yang kita lakukan mestilah ikhlas.
Posted in Festive seasonTags: Bazar, Ramadan Al-Mubarak, Syawal