Happy New Year 2009!! Have a blessed new year!.

Alice Florist

The flower experts since 1984
Alice Florist » Page 'Ramadan Al-Mubarak… '

Ramadan Al-Mubarak…

Dalam banyak-banyak bulan dalam setahun, bulan Ramadan dan Syawal lah yang paling dinantikan oleh umat Islam diseluruh dunia. Kemeriahan pada bulan Ramadan dan Syawal berlainan dari bulan-bulan yang lain.

Pada bulan Ramadan umat Islam akan berpuasa selama sebulan. Masa itulah kita jumpa beraneka jenis makananan, yang pelik-pelik pun ada. Bazar Ramadan pula terdapat di merata tempat. Tak kira di bandar atau di pelusuk kampung mesti ada bazar Ramadan.Yang penting di bulan Ramadan yang mulia ini adalah masa untuk menguji tahap ketahanan dan kesabaran kita sebagai umat Islam. Pada bulan ini lah kita harus mengambil kesempatan untuk membuat kebaikan dan amal ibadat. Yang penting apa sahaja yang kita lakukan mestilah ikhlas.

Posted in Festive season
Tags: , ,

Leave a comment

Top of page | Subscribe to new Entries (RSS) | Subscribe to Comments (RSS)